Cheese Cake...Sepa tak suka cheese cake.. Tak kira cheese cake perisa apa,konfirm semua orang suka makan.. Yang ada alahan dengan cheese tu, tak taulah ye.. hehehe
Orang2 rumah kalu buat sebiji, jam 12 buat, jam 1 dah habis kena bantai..nampak sangat pelahap kan? hehehhe.. Sampai ada 1 hari tu, adik bongsu saya siap warning lagi, kalu buat kek tu, buat lebih2 sikit,, hehhe..(1kg Tak cukup!! hehehe)
Saya ni nak dikatakan pro buat kek tu tak lah sangat.. tapi saya jamin dan yakin, kek yang saya buat sedap dan lembut jak dimulut kalau orang makan, saya ni jenis tak lokek tabur2 cheese,, cream cheese pun meleleh jer,,, melty lah katakan..hehe..
Saya ni sebenarnya bukan penggemar kek, tapi dah terikut kursus pastry, adalah ilmu sikit2 nak dikongsikan.. Selalunya kalau ikut resepi ni, anda akan dapat kek 1 kg.(Loyang saiz 9"). Resepi ni saya dapat semasa ikut kursus di MRS NANCY SCHOOL OF BAKING.
Bahan-Bahan Kek
460 gm Tepung Optima ( Saya guna 400gm jer)
5 Nos Telur (Saya guna 3 biji jer hehe)
110ml Air
110ml Minyak (Saya guna butter cair)
Ringkas jer kan bahan2 nye? hehe.. ok lepas tuh cara nak buat kek ni senang jer, putar jer semua bahan2 tu kecuali MINYAK, selama 6Minit.. Lepas adunan dah lembut, baru lah masukkan minyak dan putar lagi selama 1 minit.
Masukkan adunan kek kedalam loyang kek,, apa2 bentuk loyang pun boleh hehhe, saya guna saiz 9" ... kalau pakai saiz 10" , 11" , atau 12" , kek akan masak mendatar dan tak tinggi...
Masukkan ke dalam oven .. masak pada suhu 170 c selama 30 minit...(oven saya kecil jer jenama SINGER, 30 minit pun masak dah... Nak tahu kek tu masak atau tidak, ambil lidi, cucuk di tengah2, kalau adunan masih melekat pada lidi, maksudnya kek belum masak.. masak lagi selama 5 minit atau sehingga tiada adunan melekat pada lidi)
Bahan-Bahan Topping
250gm Cheddar Cheese (Apa2 jenama pun boleh)
250gm Cream Cheese ( Saya guna jenama TATURA)
100ml Whipped Cream (Saya guna VIVO)
50ml Susu Cair ( Saya guna jenama MARIGOLD)
50ml Susu Pekat ( Saya guna jenama MARIGOLD)
50ml Susu Pekat ( Saya guna jenama MARIGOLD)
20gm Gula Halus (Saya tak masukkan sebab manis sangat)
Ok, dah dapat resepi , so skrg macamana nak buat ekk? hhehehe,, Senang jer nak buat nie,..
Mula2 cream cheese tuh kenalah pada suhu bilik (Biarkan semalaman di dapur).Putar cream cheese hingga lembut, kemudian masukkan susu pekat dan gula halus..Kemudian masukkan bahan2 yang lain,Whipped cream, dan susu cair..(Susu cair tu boleh adjust2, sebab kadang2 kalau masukkan semua, topping terlalu CAIR)..
Ok dah dapat semua, jum try,, hehhe.. Harap2 perkongsian ini dapat membantu kawan2 di luar sana yang ingin buat bisnes kek hehe,, ok.. ASSALAMMUALAIKUM.
1xbet korean, betway football bets, sure winning lines【Malaysia
ReplyDelete“ 1xbet 1xbet korean, betway football bets, sure winning kadangpintar lines,【WG98.vip】⚡, sure winning lines,Url:⚡, soccer predictions, 바카라 사이트